They Love Icahsahaja

November 24, 2010

Persahabatan

Baiklah.. Macam mana aku nak mula ye. ermm.. ok lah.. Siapa ada tengok program BERSAMAMU kat tv3 tadi sila lah angkat tangan cikgu nak kira ni. haha.. Orite2. Bagi sesiapa yang tak tengok lah kan, yela mungkin tak ada tv ke bz ke kan..[yang tengok tu diam laa].. bersamamu tadi mengisahkan tiga sahabat yang sanggup berkorban demi sahabat mereka yang menderita disimbah asid oleh ibu kandungnya dan seterusnya dibuang oleh familynya sendiri. Point aku kat sini, "sahabat".. Terharu jugaklah aku tengok mereka sangat care kat member dia yang sakit tu. kesian kat mangsa tu sudah semestinya laa.. cuma yang aku nak tekankan kat sini adalah tentang erti persahabatan. Bagi aku lah kan. Persahabatan ni banyak and mendalam maksudnya. Cuma aku tak boleh la nak terangkan yang mendalam tu. Sebab bagi aku ianya terlalu sangat lah tidak ternilai maknanya oleh calculator. Its more than infinity [upss calculus suda].. Ok. Persahabatan. Bila tanya budak kecik diorang akan cakap, "kawanlah..!" kalau yang up sket "membe laa..!!".. For me persahabatan ni more to cinta actually. Dalam persahabatan kita kene cinta antara satu sama lain, dimana each of them need to know each other bagi mengeratkan tali persahabatan, bak kata orang tak kenal maka tak cinta.. betol x?? [jangan kaitkan dengan cinta antara kekasih] Cuba korang imbas balik time korang gaduh dengan membe [tipu kalau tak pernah gaduh.. tapi kalau siyes tak pernah thats good and keep it up].. Bila korang gaduh mesti akan timbul satu perasaan dalam hati ataupun muncul satu ayat yang bunyiknya macam ni "Tak faham membe betol la mamat/minah ni.." or "cubalah faham aku sikit.." or tak kisah la macam mana pun tapi still about "faham".. So, kalau korang ketika ini sedang tertanya-tanya apa kena mengena sahabat dengan cinta. Orite.. kan aku cakap, eh! tulis tadi cinta start with know each other rite? So, when you know each other it will lead to memahami antara satu sama lain and..... Tak akan timbul lagi ketidak sefahaman macam yang aku tulis dialog-dialog kat atas tu tadi.. kan..kan..kan...?? Sebab tu lah orang kata musuh boleh jadi kawan. Nak tau sebab ape??? Sebab korang dah faham dia, korang tau dia ni annoying, korang tau dia suka rampas boyfren orang[tetttttt...~], korang tau dia suka guna barang korang sesuka hati, dan macam-macam lagi lah kan.. betul atau tak?? dan kawan boleh jadi musuh.. sebab?? haha.. korang tak memahami antara satu sama lain laa.. heee~ So, As we can see kisah bersamamu tadi tu, tau tak sebab apa diorang care, sebab dia faham sahabat dia yang tengah sakit tu.. kan..kan..kan..? Baiklah, semuanya terpulang kat diri korang sendiri. Ni pendapat aku.. Setiap orang lain-lain pendapat kan.. Kalau macam tu apa pendapat anda tentang erti persahabatan wahai reader sekalian..? Sharing is caring kan..?? So, SHARE laaa.. :)




p/s: Seriously aku memang touching gila tengok bersamamu tadi.. Tak pernah aku touching kot.. Gugur hati aku.. [dah kutip laaa] :D

No comments: