They Love Icahsahaja

November 23, 2010

Memori

Pagi tadi aku dikejutkan oleh mama jam 7.30pagi. Mula-mula aku pelik jugak la kan. Pastu baru aku teringat hari ni kan peperiksaan SPM dah mula, so aku kena hantar my beloved brother to school laaa. Ya, aku dah janji dengan dia semalam. So, aku gussy up then turun ambil kunci kereta and VROOM~ Mama touching sikit tadi. Sedih lak aku tengok air mata harapan mama. On the same time, MEMORI aku berputar ke zaman 2 tahun lalu dimana aku juga dalam keadaan gabra nak pergi pekse. hehe~ [tapi tak de lah naik kereta.. kayuh basikal sudah.. :D] Aku akan kayuh terus ke rumah mimie and maisarah dan terus ke sekolah.
Kembali ke cerita asal....
Before ke sekolah, kene pergi amik nina[awek adik aku] dulu kat umah dia. COMEL je. :D Pastu terus meluncur ke sekolah, sampai sekolah aku tengok budak-budak yang nak ambil exam semua dan sekali lagi MEMORI aku berputar. WAhhhhh..! teringat dulu time sampai-sampai semua busy tengok nota, buku, and time-time tu lah semua nak tanya macam-macam kan. Serabut-serabut, nanti adalah yang kata "alamak kenape aku tak tahu pun yang tu..", "eh! bukan lah...*selak nota lagi" aku bukan nak kata apa, aku memang jenis yang sejam dua nak exam memang tak bukak dah nota. Bukan aku nak belagak pandai. Sebab aku tak berapa pandai la aku buat camtu. Aku takut apa yang aku baca before aku lupa sebab takut bila tahu ada yang aku tak sempat baca.*cikgu sazili aka cikgu math aku form1 yang ajar aku buat camtu.. So, sapa tanya aku jawab je apa yang aku tahu, yang aku tak tahu dengar jela diorang cakap. :) [sampai sekarang aku berpegang pada attitude itu..] Then 30min nak masuk, "Baik, semua sila berkumpul.." cikgu yang bertugas akan panggil baca doa wish good luck good luck masuk dewan dengan muka ala-ala tak cuak kononnya. haha.. lepastu dah habis paper kuar muka lega je semua. Balik muka tension balik nak paper lain pula. hahaha..
ok. dah-dah. Sebenarnya aku rindu zaman tu. (^.^)

No comments: