They Love Icahsahaja

August 28, 2010

Sahabat

Setiap manusia di dunia ini pasti mempunyai sahabat. Tidak kira dengan manusia mahupun objek serta haiwan. Siapa kata komputer itu bukan sahabat?? Siapa kata kucing itu bukan sahabat?? As long as, mereka-mereka ini boleh menemani kita, ia tetap digelar sahabat. Tapi entry kali ini, ak mahu berkisah sedikit tentang sahabat between human and human. Dari kita mula berjalan dan bercakap, pasti kita akan mendapat so called sahabat. Bezanya kita bersahabat dari kecil dengan bersahabat bila sudah dewasa, dari kecil persahabatan itu sangat indah, ye lah masing-masing tak tahu lagi word persahabatan itu. Semuanya diharungi bersama. Petang-petang main sama-sama, beli gula-gula kongsi-kongsi. Tapi bila bersahabat time dah sekolah menengah, dah masuk universiti, kolej masing-masing berlagak ’matang’. Memang sepatutnya ’matang’ tapi, bila ’matang’ ni kata orang pemikiran mestilah lebih baik kan, masing-masing tahu mana yang baik dan mana yang buruk, pandai kawal emosi, segalanya baik la. Especially, kita yang bergelar mahasiswa dan mahasiswi. Persepsi orang terhadap kita yang berada ni universiti ini ialah ”bijak berfikir”. Pergaduhan yang berlaku dalam persahabatan. Aku tak kata tak boleh bergaduh dan aku pun tak nak la kata boleh gaduh. Memang setiap perhabatan tak akan lari dari pergaduhan walaupun sebab musababnya hanya sekecil kuman. Apa yang nak disampaikan kat sini, logik kah kita as a universiti student gaduh sebab perkara yang sangat kecil. Anda tak rase ke bila anda gaduh atas sebab perkara yang sangat kecil itu seperti anda berada di sekolah? HELLO..! Kata ’matang’. (ngeee~ :D) Kita semua bebas bersahabat. Cuma masing-masing kena pandai pilih lah kan. Itu kehendak masing-masing, tidak ada siapa penah kata, “if you have a friend/s you cannot have or find another friend/s or chill with other friend/s”. Tidak ada istilah seperti itu OK..! Emosi sebagai seorang sahabat perlulah dijaga. No need to touching for a small thing. ANNOYING ok.. Tanpa anda sedari, anda akan kehilangan sahabat sedikit demi sedikit atas sikap anda yang hanya mementingkan diri sendiri. Anda mahu orang jaga hati anda, tapi anda sendiri? Fikir sebelum melakukan sesuatu. Nak merajuk, merajuk laaa (tapi ini sesungguhnya bukan ciri-ciri orang yang ”matang”.. haha) yelah aku tahu sesetengah orang mahu kan perhatian. ok fine la kalau macam tu aku pun kuat merajuk gak.. but don’t be to much la. You will make other people feel uncomfortable to be friend with you. “SUSAH DAN SENANG” perasan tak word ini?? hoho. Dalam persahabatan mesti akan wujud word ini kan?? Mengikut kajian aku yang tak rasmi ni, sekarang ni hanya wujud ”SUSAH”. betul tak? yelah bila ”susah” baru nak cari, dan-dan itu lah nak mengaku sahabat. Bila dah senang? batang hidung pun tak nampak. Lalu sebelah pun macam invi je.haha. Aku tak kata semua, tp mostly la. (siapa makan cili maybe dia yang akan rasa pedasnya) Ok, sahabat ”tempat luah perasaan”.. Semasa anda meluahkan perasaan pernah tak anda fikir tentang perasaan sahabat anda ketika itu? tak kira lah anda tengah marah ke sedih ke. Maybe sahabat anda itu tak kisah, ”luah la luah, aku kan sahabat kau”. satu dua kali boleh lagi. Kalau dah selalu sangat siapa tahan, lagi-lagi bila time dia nak luahkan anda tak nak dengar, buat-buat sebuk. Sakit kot. Luaran nampak OK.. Dalam..? Fikir la sendiri kalau jadi dekat diri anda. Cuba anda try dengan computer, ibaratkan computer itu sahabat anda. Anda marah, anda lepaskan kat computer anda, ketuk sana, tekan kuat-kuat sini, rosak tak lama-lama? sedangkan bila dia marah, anda buka itu buka ini dia marah dah bagi warning ada virus, tapi ada anda kisah? anda bukak jugak kan..? Macam itu lah kita sebagai manusia yang mempunyai hati dan perasaan ini. Berpada-pada lah ok.. Yang tak boleh bla nye, bila hepi tak pulak nk cerita. Diam je. layan sorang-sorang. Gila..! haha..

This entry is not specifically about mine even it is specifically about mine. hoho. So, for the readers, renung-renungkan dan selamat bersahabat dengan jaya nya..! :D
hargailah sahabat anda selagi mereka masih sahabat anda.




No comments: